Thursday, May 5, 2011

rasa ini..


assalamualaikum..

blog ni makin lama makin di tinggalkan, makin di lupakan..
kesian..tapi bukan apa..mood nak menulis dan berkongsi dah makin berkurang..
lagi pulak rutin harian pun hari-hari sama..kalau time di kampus, balik2 pergi kelas balik kelas..
orang lain pun buat benda yang sama jugak kan..
tak ada yang special yang perlu cerita dekat sini..hehhh..
now dekat rumah ni ada la jugak benda yang boleh cerita.
tapi masalah lain pulak yang ada..masalah mood talak mari..
so end up blog ni sepi jugak..
akan cuba sepanjang cuti ni update seRAJIN yang mungkin..


so yang dekat rumah tu cuti korang buat apa je?
ada yang kerja ke?


Wednesday, March 30, 2011

word of the day yah!!





A real man doesn't love a million girls. He loves one girl in

a million ways.



so lelaki lelaki di luar sana..belajar ini ye..

Thursday, March 24, 2011

salahkan wanita tak tahu memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.



Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



sumber:


Thursday, March 17, 2011

kembali rindu budak budak ini..





fuhh fuhhh(kasi tiup habuk sikit dekat belog ni)
bersawang dah haa belog ni..
lama benar tak ber update..
mood nak update ini ikut sedap hati tangan je..
rasa nak tulis ada la.if not memang akan dilupakan la..

sangat2 banyak benda nak share dekat sini sampai tak tau nak mula dari mana..
nak cerita pasal hari tu ada trip ke kl.
i am one of the ajk..alhamdulillah everything went smoothly..
semua orang satisfied..biasa la gaduh2 sikit tu..=)
yang tak kena sikit2 tu kira halal la..

tidurnya di uitm SA..
excited sebab kawan2 ramai di sana..kawan2 geng2 masa mrsm dulu..
mana tak seronok weyh!
tak puas jumpa mereka2 nih..ni pon sempat jumpa 2 orang je..yang lain maybe next time no..
aku buat lawatan rasmi kat sana nanti..hehhh









cantik tak burung peliharaan saye??


weird!!

1 2 3 senyummm

Wednesday, February 2, 2011

syukur sangat sangat

kuyah@farahiyah and yours truly..muka lepas spm..


syukur sangat sebab kawan2 yang dekat mesir sana dah selamat..kuyah,najah,afif n fbi semua dapat tahu selamat..

ada yang sempat balik melaysia and ada yang dah keluar ke negara lain..thank god.

paling lega my best friend zaman sekolah dulu,kuyah pon dah bagitau dekat fb yang dia dah sampai malaysia..

alhamdullilah..

semoga apa yang berlaku dekat sana dapat berakhir dengan cepat and aman..


hosni mubarak sila letak jawatan..tidak kesian kah anda kepada negara(macam la dia faham bm kan)

Tuesday, February 1, 2011

i'm one year older..


dear me..
happy tua day!

May the best of your past be the worst of your future.
You're older today than yesterday but younger than tomorrow.
May each and every passing year bring you wisdom, peace and cheer.
May this day bring to you all things that make you smile.
May your troubles be less and your blessings be more
And nothing but hapiness come through your door.

*poyo gila wish dekat diri sendiri..=_=

Monday, January 31, 2011






hari ni baru ada chance nak online since dah balik rumah
weekend hari tu balik kampung..
ketaq tangan weyh tak dak lappy..(poyo gila ayat)..
tak bawa balik sebab kejap je balik kampung nye
yela kan nak online guna hp,hp pon murah je..tak boleh nak online2 nie sume
so mengharap la kan ihsan belas sape2 nak hadiahkan time besday ai esok ke..hehh
hp yang ada ni sekarang ni pon sat2 terpadam..macam ape je..mesej masuk je mesti terpadam..
ngekk betul


mood nak berblogging ni pon ikut mood jugak..
mai time semangat selalu la nak mengarut2 ni..kalau tak memang tak ah kan.
biar je bersawang blog nih

kenapa aku balik kampung??haa itu persoalannya..
sabtu nie pak su ai bertunang yu..
so balik kelmarin pergi beli barang2 untuk hantaran tunang la..


berangan kejap jd flower girl even dah tua bangka



serius bunga dia banyak gila dekat tempat yang kitorang pergi ni.
rasa mcam dalam taman..hehh tp bunga palsu la ye..